LANGKAH pertama, sapukan bedak asas dengan sekata di seluruh wajah sebelum gunakan bedak tabur atau bedak padat mengikut ton kulit wajah.
LANGKAH pertama, sapukan bedak asas dengan sekata di seluruh wajah sebelum gunakan bedak tabur atau bedak padat mengikut ton kulit wajah.
KEDUA, selesai menyapu bedak di seluruh wajah, kemasan perlu dilakukan di bahagian mata. Gunakan celak, penggaris mata dan pembayang mata dengan rona pastel atau coklat.
KEDUA, selesai menyapu bedak di seluruh wajah, kemasan perlu dilakukan di bahagian mata. Gunakan celak, penggaris mata dan pembayang mata dengan rona pastel atau coklat.
SETERUSNYA, sapukan pemerah pipi juga menggunakan rona pastel atau lembut pada pipi.
SETERUSNYA, sapukan pemerah pipi juga menggunakan rona pastel atau lembut pada pipi.
TERAKHIR, gunakan gincu mengikut warna digemari dan lebih sesuai memilih rona lembut.
TERAKHIR, gunakan gincu mengikut warna digemari dan lebih sesuai memilih rona lembut.
WAJAH model selepas disolek.
WAJAH model selepas disolek.
Siti Nadirah Hafidzin


Penampilan diri yang cantik dan kemas setiap kali melangkah ke pejabat atau keluar bersiar-siar di hujung minggu ternyata memberikan aura positif kepada diri seseorang.

Selain fesyen bersesuaian, solekan juga perlu tepat supaya penampilan nampak sempurna dan tidak keterlaluan.

Hakikatnya, tidak semua wanita gemarkan solekan keterlaluan malah ada yang tiada masa mencukupi untuk duduk bersolek.

Solekan nipis dengan pemilihan warna solekan semula jadi memang sesuai kerana ia mampu menjadikan penampilan kelihatan segar dan manis dipandang, sekali gus membantu menceriakan hari anda.

Penggunaan warna pastel dan lembut amat sesuai dengan solekan ringkas kerana ia menampakkan penampilan diri lebih manis dan matang menerusi pilihan warna yang tidak keterlaluan.

Menurut jurusolek profesional Noraini Ab Hamid, solekan ringkas tidak memerlukan masa yang lama dan pastinya sesiapa saja mampu menyolek wajah sendiri.

Penggunaan warna bersesuaian sangat memainkan peranan supaya penampilan tidak kelihatan janggal, sekali gus mengundang rasa rendah diri sekiraya solekan yang dikenakan tidak sesuai.

“Tempoh bersolek juga tidak terlalu lama dan hanya memerlukan kira-kira 10 minit. Masa yang singkat untuk bersolek membantu anda supaya tidak kelam-kabut terutama ketika waktu pagi sebelum ke pejabat atau ketika hujung minggu keluar bersantai,” ujarnya.

Solekan perlu sedikit nipis kerana solekan tebal lebih sesuai untuk majlis rasmi atau menghadiri jamuan makan malam, bukannya untuk bersantai atau ke pejabat.

Kali ini, Noraini berkongsi hanya empat langkah asas solekan untuk membuatkan anda tampil menawan dan manis dipandang tanpa memerlukan tempoh lama untuk bersolek.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 12:33 PM