1. WAJAH model sebelum disolek.
1. WAJAH model sebelum disolek.
2. SAPUKAN bedak asas mengikut kesesuaian warna kulit.
2. SAPUKAN bedak asas mengikut kesesuaian warna kulit.
3. RATAKAN bedak supaya tidak bertompok.
3. RATAKAN bedak supaya tidak bertompok.
4. LAKUKAN bayangan bentuk wajah.
4. LAKUKAN bayangan bentuk wajah.
5. SAPU sedikit pemerah pipi supaya memberikan imej pipi lebih menawan.
5. SAPU sedikit pemerah pipi supaya memberikan imej pipi lebih menawan.
6. SAPUKAN bedak padat atau bedak tabur dan ratakan keseluruh wajah.
6. SAPUKAN bedak padat atau bedak tabur dan ratakan keseluruh wajah.
7. BENTUK dan kemaskan kening supaya kelihatan terletak.
7. BENTUK dan kemaskan kening supaya kelihatan terletak.
8. BERSIHKAN bahagian kelopak mata.
8. BERSIHKAN bahagian kelopak mata.
9. SAPUKAN sedikit celak di bahagian atas mata.
9. SAPUKAN sedikit celak di bahagian atas mata.
10. SAPUKAN pembayang mata menggunakan warna pastel.
10. SAPUKAN pembayang mata menggunakan warna pastel.
11. GUNAKAN bulu mata palsu. Jika memiliki bulu mata lebat, hanya perlu merapikannya menggunakan maskara.
11. GUNAKAN bulu mata palsu. Jika memiliki bulu mata lebat, hanya perlu merapikannya menggunakan maskara.
12. SAPUKAN pemerah pipi secara ke atas.
12. SAPUKAN pemerah pipi secara ke atas.
13. SAPUKAN gincu mengikut warna bersesuian. Solekan kkasik sesuai dengan gincu merah.
13. SAPUKAN gincu mengikut warna bersesuian. Solekan kkasik sesuai dengan gincu merah.
TAMPIL manis dengan solekan klasik
TAMPIL manis dengan solekan klasik
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Menggayakan kebaya songket moden berona kuning pastel ternyata menyerlahkan penampilan si pemakai terutama yang bergelar raja sehari.

Pemilihan konsep klasik atau tradisional untuk pakaian dan solekan pada majlis persandingan mahupun majlis makan malam tidak dianggap ketinggalan zaman kerana ia kini sudah kembali menjadi pilihan raja dan ratu sehari.

Solekan klasik yang tepat dengan menonjolkan bahagian mata dan warna gincu yang menyerlah mampu menaikkan seri pemakai sekali gus membuatkan penampilan tidak jemu dipandang.

Menurut jurusolek Marlin Afzan Saidin, solekan dan pakaian yang dipilih perlu bersesuaian supaya tidak kelihatan janggal dan penampilan nampak lebih segar.

Marlin yang sudah berkecimpung dalam bidang andaman lebih 10 tahun itu berkata, dua bahagian iaitu mata dan bibir elemen terpenting untuk mendapatkan hasil solekan klasik terbaik.

“Sapuan gincu merah terang atau merah bata cukup menggambarkan gaya solekan klasik dan ia sebenarnya amat membantu dalam menaikkan seri wajah.

“Apabila bibir menonjol, wanita tidak perlu menggunakan rona terang untuk pembayang mata, cukup dengan campuran warna pastel dan diseimbangkan menerusi teknik sapuan sekata pada kelopak mata.

“Usah takut mengenakan solekan klasik kerana hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum dan memberikan impak yang luar biasa berbanding solekan biasa atau pastel,” ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 1:04 PM