MAYAT Xin Zhui, isteri Marquis of Dai, dianggap mumia paling terpelihara.
MAYAT Xin Zhui, isteri Marquis of Dai, dianggap mumia paling terpelihara.
Agensi

Beijing: Mayatnya sudah berusia 2,100 tahun tetapi kulitnya masih lembut, masih berambut dan berbulu kening sementara tangan dan kakinya masih boleh dibengkok.

Lady of Dai mungkin boleh dianggap mumia paling terpelihara pernah ditemui.

Dia yang juga dikenali sebagai Xin Zhui hidup ketika pemerintahan dinasti Han (antara 206SM – 220M) ialah isteri seorang kenamaan atau Marquis of Dai.

Kuburnya ditemui di dalam sebuah bukit yang dikenali sebagai Mawangdui, di Changsha, Hunan, China pada 1971, ketika pekerja menggali untuk mencari tempat perlindungan serangan udara.

Ketika mati lebih 2,000 tahun lalu, Zhu dipercayai mempunyai berat badan berlebihan, menghidap darah tinggi, saluran darah tersumbat, kencing manis dan berdepan masalah jantung.

|
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 6:26 AM