Pengarah seni bela diri, Jung Du Hong memilih Ha Ji Won sebagai aktres Korea yang mempunyai skil aksi terbaik pernah dilihatnya di skrin.

Pada sidang media filem Lady Action, Du Hong mendakwa, tidak ada seorang pun aktor di Korea yang boleh dilabel bintang aksi.

Bagi pengarah terkenal itu, bintang aksi seperti Jackie Chan atau Jet Li iaitu pelakon yang memberi pengalaman menarik dalam filem aksi.

“Kita tidak mempunyai aktor yang mempunyai skil tinggi seperti itu di negara kita. Namun ada seorang artis yang menunjukkan skil aksi dalam kebanyakan drama dan filem, termasuk dengan skil hebat apabila beraksi lasak, iaitu Ji Won,” katanya.

Lady Action turut dibintangi Jo Min Soo, Kim Hyun Joo, Son Tae Young, Lee Si Young, Choi Yeo Jin dan Lee Min Do.

Persembahan itu berupa dokumentari menghimpunkan bintang aksi dari pelbagai latar belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 10:57 AM