GRANDE dan Gaga antara penyanyi terkenal AS yang dikemukakan di parlimen Singapura. FOTO Zimbio
GRANDE dan Gaga antara penyanyi terkenal AS yang dikemukakan di parlimen Singapura. FOTO Zimbio
Reuters

SINGAPURA: Nama penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga dan Ariana Grande termasuk dalam senarai artis yang dikemukakan kepada anggota parlimen Singapura kerana lagu mereka yang mengandungi lirik sensitif.

Reuters melaporkan, senarai itu adalah sebahagian daripada kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri hari ini mengenai isu ucapan berbaur kebencian.

Sebelum ini, kerajaan mengharamkan konsert kumpulan death metal dari Sweden, Watain kerana dikatakan menolak agama serta menggalakkan keganasan.

Seorang Ahli Parlimen, Chen Show Mao memuat naik gambar kenyataan daripada kementerian di Facebook dan setakat hari ini ia dikongsi lebih 1,000 kali serta menerima ratusan komen netizen.

Lady Gaga dan Ariana Grande pernah mengadakan konsert di Singapura sebelum ini namun sehingga kini tidak ada keputusan yang dibuat sama ada mereka akan diharamkan daripada mengadakan persembahan selepas ini.

CHEN Show Mao memuat naik kenyataan daripada kementerian di Facebook. FOTO Channel News Asia
CHEN Show Mao memuat naik kenyataan daripada kementerian di Facebook. FOTO Channel News Asia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 7:18 PM