CANADIAN - Museum of Civilization sebagai institusi penyelidikan utama.
CANADIAN - Museum of Civilization sebagai institusi penyelidikan utama.
KEUNIKAN Habitat 67.
KEUNIKAN Habitat 67.
Hartini Mohd Nawi

ILHAM global

[email protected]

Kanada antara negara yang tidak kurang hebatnya dari segi seni bina dan berjaya melahirkan arkitek terhebat hingga menjadi inspirasi hingga kini.

Berikut 10 binaan legenda di negara itu yang dihasilkan mengikut falsafah seni bina luar biasa:

1. Art Gallery of Ontario

Muzium seni yang terletak di Toronto, Ontario. Berkeluasan 45,000 meter persegi (480,000 kaki persegi) menjadikannya salah satu daripada galeri terbesar di Amerika Utara.

Sejak 1974, galeri itu menyaksikan empat pembangunan utama dan kerja pengubahsuaian.

Pengubahsuaian terdahulu dilakukan arkitek John C Parkin pada 1977, Barton Myers dan KPMB Architects pada 1993 dan terbaru Frank Gehry pada 2008.

2. Habitat 67

Seni bina Habitat 67 adalah sebuah kompleks perumahan yang terletak di Montreal, Quebec dan ia dibina arkitek terhebat, Moshe Safdie.

Bangunan itu direalisasikan sebagai pavilion utama dan menjadi perlambangan Ekspo Antarabangsa Dunia yang bertemakan Manusia dan Dunianya diadakan di Montreal pada 1967.

Direka bentuk untuk menyepadukan kepelbagaian kediaman di kawasan berkenaan yang sebelumnya tidak terancang.

Idea seni bina ditonjolkan dengan reka bentuk konkrit pasang siap disusun dalam pelbagai kombinasi dengan ketinggian 12 tingkat.

Kini, biarpun lebih daripada 40 tahun binaan Habitat 67 itu, hasil kerja Moshe masih berpegang kepada konsep yang begitu asas dari segi reka bentuk, terutama tema konsep baru perumahan berkepadatan tinggi.

3. Chan Centre for the Performing Arts

Terletak di kampus Universiti British Columbia dengan latar landskap semula jadi.

Chan Centre adalah projek bersama antara tiga syarikat iaitu Bing Thom Architects (reka bentuk bangunan secara keseluruhan), Artec Consultants (dewan konsert dan spesifikasi akustik) serta Theatre Projects Consultants pula memberi tumpuan kepada rekaan studio teater.

4. Gardiner Museum

Muzium seramik yang diasaskan George dan Helen Gardiner pada 1984 untuk menempatkan koleksi seni seramik mereka. Ia terletak di Queen Park di selatan Bloor Street di Toronto, bertentangan dengan Muzium Diraja Ontario.

Struktur asal direka arkitek Keith Wagland, sementara penambahan galeri pula dilakukan firma arkitek Kuwabara Payne McKenna Blumberg.

5. Canadian Museum of Civilization

Muzium negara Kanada ini terletak di kawasan Hull di Gatineau, Quebec, di seberang Sungai Ottawa dari Bukit Parlimen di Ottawa, Ontario.

Ia turut berperanan sebagai institusi penyelidikan utama.

Direka Douglas Cardinal, arkitek peribumi terkenal yang mendapat pendidikan di University of British Columbia dan University of Texas, Austin.

6. Maison Symphonique De Montreal

Ia adalah dewan konsert di Montreal, Quebec dengan menyenaraikan Jack Diamond sebagai arkiteknya.

Pembinaannya bermula pada Mei 2009 dan dirasmikan pada 7 September 2011.

7. Monique-Corriveau

Arkiteknya Dan Hanganu antara penerima lebih 50 anugerah seni bina yang bukan saja mereka bentuk bangunan di Kanada, malah seluruh dunia.

8. Science World

Sebuah pusat sains yang menempatkan pelbagai pameran tetap interaktif.

9. The Wolf House

Siap pada 1974, The Wolf House ini menerima pelbagai anugerah bagi reka bentuk canggih yang termasuk daripada Royal Architectural Institute of Canada.

Arkiteknya, Barton Myers pula penerima Toronto Arts Award for Architecture 1987.

10. House in Frogs Hollow Perekanya, Williamson Chong mewakili era arkitek ikonik di Kanada.

Pasukan arkitek muda itu pernah menerima 15 anugerah berprestij termasuk 2014 Emerging Voices Award daripada Architectural League.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 12:02 PM