SUASANA ruang dalaman.
SUASANA ruang dalaman.
MEMPERLIHATKAN keseimbangan antara kemodenan dan sejarah serta manusia dan alam.
MEMPERLIHATKAN keseimbangan antara kemodenan dan sejarah serta manusia dan alam.
WHITE Tree berinspirasikan pokok bristlecone.
WHITE Tree berinspirasikan pokok bristlecone.
Susunan Hartini Mohd Nawi


Idea arkitek Jepun, Sou Fujimoto yang bekerjasama dengan Manal Rachdi Oxo untuk menghasilkan bangunan unik di Montpellier, Perancis, dilihat sebagai siri kehidupan serba moden.

Kelainan bangunan White Tree (L’Arbre Blanc) melayakkan dua arkitek ini menjadi pemenang dalam pertandingan ‘Architectural Folie of the 21st Century’.

Ia diinspirasi daripada pokok pain bristlecone berusia lebih 5,000 tahun dan menjadikan spesies itu antara tertua di dunia yang masih hidup.

Sekali gus, pembinaan bangunan ini memperlihatkan keseimbangan antara kemodenan dan sejarah, begitu juga dengan manusia dan alam.

Selain itu, ia membawa gambaran kota lama dan baru yang keluar daripada kepompong kebiasaan dengan kesan binaan berlatarkan bangunan ‘pokok putih.’

Malah ia turut dikenali sebagai menara pelbagai guna direka termasuk untuk perumahan, restoran, galeri seni dan pejabat dengan pemandangan panoramik selain menjadi tarikan pelancong.

Kedudukannya juga strategik kerana terletak di antara pusat bandar dan daerah baru dibangunkan termasuk Port Marianne dan Odysseum.

Berada pula antara persimpangan beberapa jalan raya, projek pembinaan White Tree ini turut menekankan aspek landskap semula jadi dengan seni bina mesra alam.

Reka bentuknya yang melengkung seolah-olah sepasang sayap bertujuan membentuk persekitaran selesa dan semula jadi yang mementingkan pengaliran sempurna angin, udara atau air.

Pada masa sama, arkitek turut berusaha menawarkan sebaik mungkin suasana praktikal pada keseluruhan ruang dengan pelan lantai yang teliti.

Ruang balkoni pula bukan sekadar menjadi sudut binaan landskap privasi, malah memberi peluang kepada penghuni menyaksikan panorama di luar.

Secara tidak langsung, ia melengkapkan keadaan asal daun pokok Bristlecone yang menyerap cahaya matahari untuk sistem fotosintesisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 5:00 AM