TENTERA Myanmar lancar serangan berterusan ke atas  lebih 30 perkampungan Islam.
TENTERA Myanmar lancar serangan berterusan ke atas lebih 30 perkampungan Islam.
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: “Sehingga kini, lebih 30 perkampungan terus diserang pihak tentera, malah mereka (tentera Myanmar) turut melakukan pembunuhan kejam ke atas penduduk tidak mengira sama ada anak kecil, wanita atau orang tua,” kata Pengerusi Majlis Ulama Rohingya Malaysia, Ustaz Mohd Jaber Mohd Subahan.

Menurutnya, sejak konflik berkenaan meletus 9 Oktober lalu, masyarakat Rohingya di Malaysia terus menerima berita serangan berterusan tentera Myanmar ke atas perkampungan di daerah Maungdaw, Myanmar menyebabkan rumah penduduk kampung musnah terbakar.

“Banyak perkampungan musnah akibat dibedil peluru dilancarkan helikopter pihak tentera menyebabkan penduduk melarikan diri dan terpaksa berlindung di kawasan sawah padi dan hutan.

“Berdasarkan maklumat, dianggarkan hampir 10,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Pihak tentera juga dengan biadab menceroboh rumah penduduk kampung lalu merampas barangan berharga selain makanan turut dimusnahkan,” katanya.

Mohd Jaber berkata, masyarakat etnik Rohingya sebenarnya sudah lama dianiaya kerajaan tentera junta yang mahu melakukan pembersihan etnik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 8:04 AM