Mayat mangsa kemalangan yang terbaring di tepi lebuh raya.
Mayat mangsa kemalangan yang terbaring di tepi lebuh raya.
Norizuan Shamsuddin


Kajang: Seorang pemotong rumput maut dilanggar kereta ketika menyeberang jalan di Kilometer 4.3, Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, dalam kejadian 2.25 petang itu, mangsa berusia 40 tahun ditemui maut di lokasi akibat kecederaan di kepala dan kaki.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa cuba menyeberang dari kiri ke kanan jalan untuk memotong rumput.

"Bagaimanapun, ketika menyeberang, dia dirempuh kereta Perodua Kenari dari arah Kuala Lumpur menghala Seremban.

“Kemalangan menyebabkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 40 meter ke hadapan.

“Mayat dihantar ke hospital Kajang untuk bedah siasat dan polis sedang berusaha mengesan waris mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 7:01 PM