Newcastle (United Kingdom): Pengurus Newcastle Alan Pardew mahu mengelakkan rekod tidak diingini apabila berdepan Sunderland hari ini. 

  Barisan pemain Pardew tewas kepada pesaing setempat Sunderland pada tiga pertemuan terakhir mereka dan tiada pengurus Newcastle pernah tewas empat kali berturut-turut kepada pasukan itu. 

  Dua musim lalu pengurus Sunderland Paolo Di Canio merosakkan sut mahal dengan menggelungsur di tepi garisan padang selepas Stephane Sessegnon menjaring gol pembukaan ketika mereka melakarkan kemenangan 3-0 manakala Gus Poyet yang bertanggungjawab selepas itu turut menghasilkan kemenangan 3-0 untuk Black Cats awal tahun ini.

  Pardew terus dihantui kekalahan musim lalu apabila tewas 1-2 mahu meraikan kegembiraan sebagai pengurus di St James Park hujung minggu ini selepas tamatnya perlawanan paling dibencinya. 

  “Saya bertuah kerana dapat beraksi dalam perlawanan akhir namun jika ada pengurus bertanyakan kepada saya, perlawanan paling hebat manakah anda terbabit, pastinya saya akan menjawab Newcastle menentang Sunderland,” kata Pardew.

  “Tarikan dalam perlawanan ini adalah sesuatu yang berbeza dan anda perlu terbabit untuk menghargainya. Saya tidak sabar untuk merasainya tapi bukan kekalahan.” -AFP 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:05 AM