Fuad Hadinata Yaacob


Klang: Istiadat Pemasyhuran Gelaran Tengku Amir Shah sebagai Raja Muda Selangor selamat disempurnakan di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Raja Muda meninggalkan Selangor tujuh hari berdasarkan amalan selepas Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli, 8 Oktober lalu.

Pada Istiadat Menjunjung Duli, hari ini, Raja Muda membawa cenderamata dan mempersembahkannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat ke istiadat itu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, kerabat diraja Selangor, Orang-Orang Besar Bergelar serta waris.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mengetuai barisan pentadbiran negeri turut hadir bersama barisan Exco dan orang kenamaan.

Dalam ucapannya, Mohamed Azmin mewakili kerajaan negeri dan rakyat mengucapkan syukur dan gembira pada Istiadat Pemasyhuran Gelaran Raja Muda Selangor ketujuh itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 12:03 PM
RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyembahkan cenderamata kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah,  Klang. FOTO Rosli Mat Tahir
RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyembahkan cenderamata kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. FOTO Rosli Mat Tahir