Tengku Amir Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli, di Istana Alam Shah, pagi tadi. FOTO Roslin Mat Tahir
Tengku Amir Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli, di Istana Alam Shah, pagi tadi. FOTO Roslin Mat Tahir
Siraj Mohd Zain

 

[email protected]

 

Klang: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memasyhurkan Tengku Amir Shah sebagai Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli, di Istana Alam Shah, di sini, pagi tadi.

Baginda turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada Tengku Amir Shah.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengiringi baginda dalam istiadat tersebut.

Tengku Amir Shah kemudian berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama tujuh hari, seperti amalan yang ditetapkan sebelum kembali semula pada 15 Oktober ini bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli,di Istana Alam Shah.

Sebelum itu, Tengku Amir Shah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Selangor dan menandatangani Lafaz Akuan Sumpah Gelaran.

Keberangkatan keluar baginda Sultan dan Tengku Permaisuri turut diiringi dengan sembilan das tembakan meriam sebagai simbol pengumuman kepada sembilan daerah negeri Selangor.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 2:49 PM