Da'i Niezal (kiri), Da'i Saiful dan Da'i Nasrul (kanan). FOTO NSTP/MAHZIR MAT ISA
Da'i Niezal (kiri), Da'i Saiful dan Da'i Nasrul (kanan). FOTO NSTP/MAHZIR MAT ISA
Ramlah Zainal


Petaling Jaya: Siaran langsung pentas akhir program realiti keagamaan, Da’i Pendakwah Nusantara di TV3 Ahad lalu ditonton seramai 4.2 juta penonton selain hashtag seperti #DaiTV3, #DaiNiezal, #DaiNasrul dan #DaiSaiful juga hangat diperbualkan di laman sosial sepanjang ia bersiaran.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, program yang mengangkat Da’i Niezal atau nama sebenarnya Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19, sebagai juara itu juga berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan anak-anak muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah sejak diperkenalkan pada 2013.

“Ketiga-tiga finalis iaitu Da'i Niezal, Da'i Nasrul dan Da'i Saiful sudah layak berdiri sebagai pendakwah kerana matang berbicara pada usia muda dan bersungguh-sungguh untuk terus menuntut ilmu dalam keagamaan.

“Kami juga berharap 11 peserta Da’i musim ini akan meneruskan usaha berdakwah pada masa depan dan usaha mereka bakal memberikan impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 7:27 PM