Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mikail Ong
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan

 

Balik Pulau: Lelaki warga Nepal ditemui mati dengan beberapa kesan tikam di badan dalam kejadian di sebuah dusun durian di Titi Teras, di sini, hari ini.

Mayat lelaki terbabit ditemui pemilik dusun berkenaan yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan ditikam rakan senegaranya.

Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakannya mabuk malam tadi dan mereka dikatakan bergaduh selepas itu.

"Setakat ini, kita menahan dua rakan mangsa dan pemeriksaan menemui sebilah golok berhampiran mayatnya.

"Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

 

 

 

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 2:42 PM