Teoh Ah Tiu, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di celah pokok yang tumbang. FOTO ihsan PDRM
Teoh Ah Tiu, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di celah pokok yang tumbang. FOTO ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang lelaki maut ditimpa pokok ketika berkhemah bersama adiknya di Pantai Teluk Kampi Taman Negara, Teluk Bahang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, mangsa Teoh Ah Tiu, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di celah pokok yang tumbang.

Menurutnya, adik mangsa Teoh Guan Heng, 55, bagaimanapun terselamat namun masih trauma.

"Difahamkan, ketika kejadian angin kencang menyebabkan pokok sebesar pemeluk tumbang dan menghempap khemah mereka.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 11:23 PM