POLIS forensik memeriksa mayat warga Nepal yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikam, semalam. FOTO Mikail Ong
POLIS forensik memeriksa mayat warga Nepal yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikam, semalam. FOTO Mikail Ong
Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Dua lelaki warga Nepal ditahan reman 14 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakan mereka di dusun durian di Titi Teras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun ditahan reman mulai semalam hingga 25 Oktober depan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan kedua-dua suspek turut disiasat kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa mereka ditahan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Dalam kejadian 8.45 pagi semalam, mayat lelaki Nepal ditemui dengan kesan tikaman di dalam pondok dusun durian selepas dipercayai bergaduh dan dibunuh rakan mereka.

Sebelum itu, ketiga-tiganya dipercayai mabuk kerana meraikan satu perayaan di negara asal mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:51 PM