FOTO ihsan Pembaca
FOTO ihsan Pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang lelaki warga Nepal ditemui maut tergantung di tangga sebuah rumah flet di Batu Maung, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mayat mangsa ditemui majikannya dengan keadaan leher diikat tuala.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, majikannya kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

"Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 2:34 PM