PENGUNJUNG mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Atlet Olimpik dan Paralimpik di perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016. FOTO Mohad Shahril Badri Saali
PENGUNJUNG mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Atlet Olimpik dan Paralimpik di perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016. FOTO Mohad Shahril Badri Saali
ATLET Olimpik dan Paralimpik hadir sempena perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016. FOTO Mohad Shahril Badri Saali
ATLET Olimpik dan Paralimpik hadir sempena perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016. FOTO Mohad Shahril Badri Saali
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Barisan atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik negara menghangatkan perlumbaan berprestij Formula Satu (F1) apabila diberi penghormatan untuk tampil bertemu peminat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Mereka terdiri daripada tiga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhamad Ziyad Zolkefli serta Abdu Latif Romly dan pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Nor Ismail.

Barisan atlet Olimpik yang turut serta pula adalah pemenang pingat perak, Pandelela Rinong dan pemenang gangsa, Azizulhasni Awang selain Nur Dhabitah Sabri serta Fatehah Mustapa.

Atlet Olimpik London 2012, Leong Mun Yee turut serta memeriahkan acara itu.

Mereka menghabiskan masa kira-kira satu jam dalam sesi bertemu peminat di pentas utama.

"Ini adalah antara penghargaan paling besar. Saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini.

"Ia akan menjadi pembakar semangat kepada kami semua untuk berusaha lagi mengharumkan nama negara," kata Ziyad yang memenangi emas menerusi acara lontar peluru kategori F20.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 1:32 PM