Abdullah dan Jeanne  bergambar bersama (dari kiri) Abdul Latif , Muhammad Ziyad , Mohamad Ridzuan dan Siti Noor Radiah  di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan. FOTO ASYRAF HAMZAH
Abdullah dan Jeanne bergambar bersama (dari kiri) Abdul Latif , Muhammad Ziyad , Mohamad Ridzuan dan Siti Noor Radiah di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan. FOTO ASYRAF HAMZAH
Mazizul Dani


Kuala Lumpur: Atlet Sukan Paralimpik Rio 2016 diraikan dalam satu majlis makan malam di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan di sini.

Terdahulu, mereka tiba di pusat itu jam 7.22 malam selepas berarak dari Kompleks Bunga Raya, Sepang diikuti pusat beli belah KLCC dan Pavilion.

Ketibaan mereka disambut umpama wira selepas mencatatkan kejayaan luar biasa dalam sukan itu.

Empat pingat dibawa pulang empat atlet iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang meraih emas.

Sementara Siti Noor Radiah Ismail menang gangsa.

Dalam majlis sama, atlet yang mendapat tempat keempat acara 400 meter T20, Siti Noor Iasah Ariffin diraikan sempena hari lahirnya yang ke-27.

Majlis diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah yang juga Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 1:19 AM