Syazwan Msar


Kuala Lumpur:Tiga atlet Paralimpik negara memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 baru-baru ini menerima ganjaran berupa suite kediaman di Trion 888, Equine Park, Seri Kembangan, Kenderaan Sukan Pelbagai Guna(SUV) Kia Sportage manakala pemenang pingat gangsa pula membawa pulang kereta Kia Rio Sedan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.5 juta.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat NAZA SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pemberian ganjaran itu bagi mengiktiraf prestasi luar biasa yang ditunjukkan atlet terbabit hingga mampu mencipta kejayaan gemilang di persada antarabangsa.

Beliau berkata, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas menerima sebuah suite kediaman berharga RM350,000 dan Kenderaan Sukan Pelbagai Guna(SUV) Kia Sportage berharga RM121,888 setiap seorang.

Atlet wanita, Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi pingat gangsa pula menerima kereta Kia Rio Sedan berharga RM72,888.

"Kami juga memberi ganjaran kepada ketiga-tiga jurulatih Paralimpik iaitu R Jaganathan, Mohd Faizol Harun dan Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Kumpulan Syarikat NAZA Kepada Pemenang Pingat di Sukan Paralimpik Rio,2016, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 4:07 PM
Khairy dan Nasarudin Nasimuddin (kiri).FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Khairy dan Nasarudin Nasimuddin (kiri).FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Rizuan (kanan), Puzi serta Ziyad (dua kiri) bersama kereta Kia Sportage dan Noor Radiah.FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Rizuan (kanan), Puzi serta Ziyad (dua kiri) bersama kereta Kia Sportage dan Noor Radiah.FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Atlet paralimpik bersama kereta Kia Sportage, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua kanan) dan  Nasarudin Nasimuddin (kanan).FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Atlet paralimpik bersama kereta Kia Sportage, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua kanan) dan Nasarudin Nasimuddin (kanan).FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN