MEK Som terima kunjungan tetamu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MEK Som terima kunjungan tetamu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Pasir Mas: Sambutan Aidilfitri Mek Som Mat Diah, 89, warga emas yang dikerat kaki oleh remaja bulan lalu meriah apabila menerima kunjungan orang ramai yang simpati dengan nasibnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini.

Menurut cucu saudaranya, Mohd Tarmizi Mohd Nor, 37, sehari sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini, orang ramai tidak putus-putus hadir untuk bertanya khabar neneknya selain beraya.

Katanya, selain dikunjungi sanak saudaranya, ada juga tetamu yang datang dari Kuala Lumpur, Pahang, dan sebagainya.

"Nenek pun nampak gembira bila ramai yang datang ke rumahnya kerana sebelum ini dia hanya beraya berdua bersama anaknya, Mek Esah Abdullah, 60, selain menerima kunjungan saudara mara terdekat.

"Saya tengok nenek memang gembira dan sehari dua ini, selera makannya juga bertambah apabila melihat ramai yang datang ke rumahnya," katanya ketika di temui di sini, hari ini.

Mohd Tarmizi berkata, walaupun dalam keadaan kakinya dipotong hingga paras betis, neneknya itu sentiasa mesra melayan tetamu.

"Saya tahu dia keletihan dan hanya berbaring, tetapi bila orang datang raut wajahnya menunjukkan tanda-tanda dia gembira," katanya.

Pada 19 Jun lalu, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang remaja yang juga penagih dadah bertindak memotong kaki Mek Som selepas warga emas enggan memberikan wang.

Ekoran daripada itu, kaki Mek Som terpaksa dipotong hingga paras betis di Hospita Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Berita berkaitan:

Dijel tetak Mek Som

Mek Som selamat jalani pembedahan

'Bagaimana hendak berjalan...'

Kasihan nenek...

Tergamak potong kaki nenek

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 1:49 PM