MEK Som Mat Diah, 89. FOTO Syamsi Suhaimi
MEK Som Mat Diah, 89. FOTO Syamsi Suhaimi
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, Mek Som Mat Diah, 89, yang kakinya dikerat seorang remaja lelaki minggu lalu, dibenarkan pulang ke rumahnya, hari ini.

Dia dibantu saudara terdekat mendaftar keluar dari Wad 4 Utara HUSM, kira-kira 3 petang tadi.

Menurut anak saudaranya, Mek Nab Awang Ngah, 70, warga emas itu akan dibawa pulang ke Kampung Tanjung Rendang, Lemal, Pasir Mas untuk dijaga ahli keluarga.

"Kami sekeluarga bertanggungjawab menjaga kebajikan dia dan anaknya selepas ini. Dia juga sudah semakin tenang dan menerima takdir kaki kirinya kudung," katanya ketika ditemui.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, 20 Jun lalu, kaki kiri Mek Som dikerat remaja lelaki jiran sekampungnya yang berang tidak diberikan wang.

Remaja berusia 19 tahun itu yang kini dalam tahanan reman memotong pergelangan kaki kiri Mek Som hingga putus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 4:09 PM