Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal melakar kejutan apabila tumpas kepada wakil China, Zheng Siwei-Chen Qincheng dalam perlawanan akhir Terbuka Taiwan hari ini.

Kian Meng-Pei Jing, kalah straight set 13-21, 16-21 kepada pilihan kelima kejohanan itu dalam perlawanan yang berlangsung selama 35 minit di Arena Taipei.

Sejak digandingkan akhir tahun lalu ini adalah kali ketiga mereka muncul naib juara, selepas Masters Malaysia dan Terbuka Poland.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 2:40 PM