PERKARANGAN Hospital Umum Sarawak antara kawasan di Kuching yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
PERKARANGAN Hospital Umum Sarawak antara kawasan di Kuching yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di bandar ini dilanda banjir kilat sejak 12.30 tengah hari tadi .

Kawasan yang terjejas ialah kawasan Padang Merdeka di Jalan Tun Abang Haji Openg, perkarangan Hospital Umum Sarawak (HUS), Tabuan Dayak, Jalan Batu Kitang, Jalan Mendu dan Green Road.

Banjir kilat turut menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Mendu, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan beberapa jalan utama lain.

Bagaimanapun, air mula surut 2.30 petang tadi.

Ini kejadian kedua banjir kilat berlaku dalam minggu ini dengan yang pertama pada Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 2:54 PM