KEADAAN di Kampung Batu Kitang Kuching pada jam 10.30 pagi.
KEADAAN di Kampung Batu Kitang Kuching pada jam 10.30 pagi.
KEADAAN di Kampung Batu Kitang Kuching pada jam 10.30 pagi.
KEADAAN di Kampung Batu Kitang Kuching pada jam 10.30 pagi.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

 

Kuching: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuching menempatkan 10 anggota di tiga kawasan iaitu Kampung Batu Kitang, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sungai Tengah di sini bersama bot sebagai langkah awal sebagai persediaan pemindahan mangsa banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Kuching Shaiful Azril Zainal berkata, beberapa kawasan rendah di tiga kawasan itu terus dinaiki air.

Bagaimanapun, sehingga 10.30 pagi tadi masih belum ada mangsa dipindahkan.

Katanya, anggota JPAM pergi ke setiap rumah yang dinaiki air untuk memeriksa keadaan penghuninya dan mengarahkan mereka membuat persediaan untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat.

"Pemantauan terus dilakukan dan perkembangan akan dikemaskini setiap masa. Penduduk yang rumah mereka terjejas boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Kuching di talian 082-252940 dan 082-252941 untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan di Samarahan, Pegawai Pertahanan Awam Samarahan Ahmad Shahfikri Darus berkata, air di kawasan perumahan seperti di Taman Desa Ilmu dan Uni Garden mula surut sejak 8 pagi tadi apabila hujan berhenti.

Bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan kerana khuatir banjir kilat berulang dan lebih teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 11:51 AM