Mangsa yang cedera akibat serangan bom dimasukkan ke dalam ambulans. - Foto EPA
Mangsa yang cedera akibat serangan bom dimasukkan ke dalam ambulans. - Foto EPA
Anggota keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi serangan bom kereta di pintu pagar bangunan kerajaan di Kabul. - Foto AFP
Anggota keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi serangan bom kereta di pintu pagar bangunan kerajaan di Kabul. - Foto AFP
AP

Kabul: Sekurang-kurangnya 28 terbunuh dan 327 lagi cedera akibat serangan bom kereta yang mensasar bangunan pejabat perlindungan dan kawalan untuk kakitangan kanan kerajaan di tengah Kabul diikuti pertempuran petang ini.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Mohammad Ismail Kawoosi, ramai yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal dan Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Serangan bom dan pertempuran yang berlaku seminggu selepas Taliban melancarkan serangan besar-besaran sempena musim bunga menyebabkan tingkap bangunan sejauh beberapa kilometer pecah.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, mendakwa pejuang mereka berjaya memasuki bangunan agensi perisikan itu, Keselamatan Direktorat Kebangsaan dan tembak menembak yang sengit kedengaran di kawasan bangunan berkenaan.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Sediq Sediqqi, letupan pertama ialah bom kereta diikuti berapa letupan kecil dan tembak menembak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 5:09 PM