Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Harga runcit RON95 dan RON97 untuk Mac 2016 masing-masing turun 15 sen serta 10 sen seliter manakala diesel kekal berkuat kuasa tengah malam ini.

Pengusaha stesen minyak ketika dihubungi mengesahkan harga baru RON95 ialah RM1.60 seliter, RON97 pula RM1.95 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan diesel kekal seperti sebelumnya RM1.35 seliter.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol untuk Februari sebelum ini ialah RM1.75 bagi RON95 manakala RM2.05 untuk RON97 sementara diesel pula RM1.35.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 9:12 PM