Garret Dawum


Kuala Lumpur: Harga baru petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen seliter manakala diesel naik 20 sen menjadi RM1.55, berkuat kuasa tengah malam ini.

Kenaikan ini bermakna harga baru bagi RON95 adalah RM1.70 seliter dan RON97 akan dijual pada harga RM2.05 seliter.

Diesel pula akan dijual pada RM1.55 seliter.

Peningkatan ini adalah hasil pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada Februari.

Harga runcit petrol pada Mac ialah RM1.60 bagi RON95, RM1.95 untuk RON97, manakala diesel pula pada RM1.35.

Pada Februari lalu, harga minyak jatuh kepada AS$26.10 setong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 9:22 PM