KUALA LUMPUR 03 December 2014. Pengguna sudah mula dapat menggunakan minyak petrol RON 97 berikutan sebelum ini bekalan minyak simpanan RON97 di sesetengah stesen minyak sekitar Lembah Kelang berkurangan mengakibatkan pengusaha stesen petrol terpaksa mengambil tindakan tidak menjual minyak tersebut buat sementara waktu. NSTP/Khairull Azry Bidin.

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 untuk Ogos kekal, masing-masing RM1.75 dan RM2.10 seliter manakala diesel naik 10 sen menjadi RM1.70.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan harga itu.

Harga runcit RON95, RON97 dan Diesel masing-masing naik sebanyak 5 sen seliter bagi Julai 2016, berbanding bulan sebelumnya.

Harga bagi ketiga-tiga bahan api itu ialah RM1.75 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter untuk RON97 manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter.

Pada Jun, RON95 berharga RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) manakala Diesel (RM1.55).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 9:32 PM