HM Digital

Kuala Lumpur: Harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel turun lima sen mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baru bagi RON95 berkuatkuasa 1 Disember ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) manakala diesel pula RM1.85 seliter. 

“Sebelum ini harga runcit petrol sepanjang November ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter. 

“Penurunan itu dijangka melegakan pengguna selepas dua bulan berturut-turut naik sebelum ini,” katanya. 

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 9:12 PM