IHSAN JBPM & pembaca
IHSAN JBPM & pembaca
Oleh Junaidi Ladjana dan Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Lima maut manakala empat parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki di Simpang Beluran, dekat sini, awal pagi ini.

Dua daripada mereka terbunuh adalah kanak-kanak dan tiga dewasa manakala yang parah pula masing-masing dua lelaki dan wanita. Pemandu lori tangki hanya cedera.

Kelima-lima mangsa yang maut adalah daripada kenderaan pacuan empat roda dan semua mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi dalam kejadian 4.50 pagi.

Mayat kelima-lima mangsa di hantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, manakala empat mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Beluran untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.55 pagi.

Katanya, satu jentera dengan kekuatan lima anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat 7.21 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 9:43 AM