RAMANAN (tengah) bersama SYED Hussian (sembilan kiri), Mohd Efendi  (empat kanan) dan Ahmad Zaini (tiga kanan) bergambar bersama-sama artis dan pengunjung ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. FOTO Aziah Azmee

Samadi Ahmad

Putrajaya: Karnival Jom Heboh (KJH) Edisi Raya anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang akan melabuhkan tirainya, tengah malam ini, menerima sambutan hangat apabila pengunjung berpusu-pusu hadir dan tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran disediakan.

Pengurus Besar Jabatan Pengedaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Prakash Munusamy berkata, Reruai NSTP adalah antara yang menarik minat ramai serta berjaya memasarkan lebih 150 tiket kanak-kanak pada harga promosi RM30 berbanding harga asal RM95 ke Gamuda Splash Mania di Dengkil, Selangor.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga berjaya menjual 1,000 tiket berharga RM20 satu bagi memasuki Reruai Dinoland.

"Bukan itu saja, lebih 200 unit payung edisi khas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) berjaya dijual pada harga RM10 satu," katanya ketika ditemui pada karnival itu, hari ini.

PENGUNJUNG mendapatkan payung di reruai NSTP ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. FOTO Aziah Azmee
PENGUNJUNG mendapatkan payung di reruai NSTP ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. FOTO Aziah Azmee

Prakash berkata, jumlah pengunjung semakin sesak pada petang tadi apabila baki 500 kilogram beras percuma tajaan Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) diedarkan kepada pengunjung di Reruai NSTP oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan.

Malah, beliau berkata, suasana bertambah meriah apabila Ramanan turut menaja 200 batang 'aiskrim Malaysia' yang dijual di Reruai NSTP untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung.

"Kita memang menjangka sambutan ramai pada hari terakhir ini, dengan menawarkan pelbagai barangan atau 'goodies' secara percuma kepada pengunjung," katanya.

PENAMPILAN khas maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. FOTO Aziah Azmee
PENAMPILAN khas maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. FOTO Aziah Azmee

Lawatan Ramanan ke KJH turut diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar; dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

PENGUNJUNG ketika hadir memeriahkan Karnival Jom Heboh di Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad
PENGUNJUNG ketika hadir memeriahkan Karnival Jom Heboh di Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 8:09 PM