Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terkorban. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terkorban. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Oleh Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Empat sekeluarga maut termasuk bayi perempuan berusia lima hari selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59 Jalan Beluran - Telupid, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.50 petang, pemandu, Ridzuan Basnu, 30 dan isterinya, Noorlilah Masli,25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala ibu Noorlilah, Gaya Gudang, 50, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Beluran sementara bayi berusia lima hari meninggal dunia 8.45 malam tadi selepas dirujuk ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

Seorang lagi penumpang kereta yang juga adik kepada Noorlilah, Mohamad Hazawan Masli, 16, parah di kepala dan dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Sivanathan berkata, pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari arah Telupid ke Beluran masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi itu.

"Pemandu pacuan empat roda kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 11:47 PM