Tarmizi dituduh rogol kerani berusia 21 tahun Oktober tahun lalu. FOTO Ramdzan Masiam
Tarmizi dituduh rogol kerani berusia 21 tahun Oktober tahun lalu. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol kerani Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Sitarun Nisa kemudiannya menetapkan 22 Mac hadapan bagi tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, Tarmizi didakwa merogol mangsa yang berusia 21 tahun, di Kampung Sulup di Teluk Kumbar antara 4.30 pagi hingga 5.30 pagi pada 8 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J G Kaameni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 November 2015, Tarmizi dituduh membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, dan semalam dia didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, kerana merogol gadis terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 12:21 PM