Keadaan lalu lintas yang bergerak perlahan di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara petang tadi. - Foto SADDAM YUSOFF
Keadaan lalu lintas yang bergerak perlahan di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara petang tadi. - Foto SADDAM YUSOFF
Keadaan lalu lintas yang sesak menuju selatan di Palza Tol Sungai Besi petang tadi. - Foto GHAZALI KORI
Keadaan lalu lintas yang sesak menuju selatan di Palza Tol Sungai Besi petang tadi. - Foto GHAZALI KORI
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) meningkat sehingga 10 peratus petang ini berikutan orang ramai mula meninggalkan pusat bandar sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, kenderaan bagi arah utara dilapor semakin bertambah dari Slim River ke Sungkai dan Tapah menuju ke Gopeng, manakala trafik juga perlahan dari Gurun ke Sungai Petani akibat kemalangan kecil di KM89.3 lebuh raya berkenaan.

"Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan, laluan dari Nilai ke Bandar Ainsdale di KM279.0 turut berlaku kemalangan dan trafik dilaporkan bergerak perlahan

sepanjang satu kilometer," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur (LPT) sesak dari Karak menuju ke Lanchang susulan sebuah kereta terbakar di KM95.0 yang menghalang lorong kiri dan kanan.

"Usaha mengalihkan kenderaan telah selesai namun kenderaan masih bergerak perlahan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 8:35 PM