Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan hari ini. FOTO Bernama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan ​​​​​berikutan orang ramai bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti sekolah serta perayaan Tahun Baru Cina hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, sehingga jam 2 petang ini, aliran trafik di bahagian selatan perlahan dari Machap ke Yong Peng.

“Turut perlahan di kawasan bangunan Sultan Iskandar dari arah Singapura menuju ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Twitter PLUS melaporkan trafik perlahan dari Tapah menuju ke Gopeng jam 3.30 petang tadi dan perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai berikutan aliran trafik tinggi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 3:50 PM