Trafik lancar walaupun jumlah kenderaan meningkat menjelang lewat petang di  Lebuhraya Utara Selatan PLUS ari arah Sungai Dua melalui Seberang Jaya menuju Juru, Pulau Pinang. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Trafik lancar walaupun jumlah kenderaan meningkat menjelang lewat petang di Lebuhraya Utara Selatan PLUS ari arah Sungai Dua melalui Seberang Jaya menuju Juru, Pulau Pinang. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Kenderaan bergerak perlahan menuju Plaza Tol Gombak. - Foto MUHAMMAD ASYRAF SAWAL
Kenderaan bergerak perlahan menuju Plaza Tol Gombak. - Foto MUHAMMAD ASYRAF SAWAL
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan bergerak perlahan petang ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, trafik arah utara bergerak perlahan dari Hentian Senawang ke Seremban, Senawang ke Hentian Senawang, Jasin ke Ayer Keroh dan Yong Peng ke Ayer Hitam.

"Selain itu, trafik juga bergerak perlahan selepas Putra Mahkota menuju ke Bangi berikutan jumlah trafik yang meningkat," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Genting Sempah menuju Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di

www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 8:12 PM