ANGGOTA PPM Semporna menunjukan barang yang dirampas disyaki untuk kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan. FOTO ihsan PPM
ANGGOTA PPM Semporna menunjukan barang yang dirampas disyaki untuk kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan. FOTO ihsan PPM
Junaidi Ladjana


Semporna: Tiga lelaki termasuk juragan bot nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kerana disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut Kampung Hidayat, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.10 malam itu, semua suspek kemudian gagal dikesan dipercayai melarikan diri ke hutan bakau berhampiran.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemui pelbagai peralatan menangkap ikan antaranya empat peledak yang siap dipasang sumbu dan lima botol kaca berisi baja ammonia.

"PPM Semporna turut merampas 15 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

"Semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM4,950 kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Bahan Letupan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 1:53 PM