PELBAGAI peralatan digunakan untuk menangkap ikan menggunakan keadah bahan letupan dirampas.
PELBAGAI peralatan digunakan untuk menangkap ikan menggunakan keadah bahan letupan dirampas.
Oleh Junaidi Ladjana


Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki kerana disyaki melakukan aktiviti bom ikan di kawasan laut Tanjung Sironggol, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian, kira-kira jam 4 pagi itu, anggota PPM Semporna turut merampas ikan dipercayai ditangkap menggunakan keadah mengebom serta pelbagai peralatan digunakan untuk bom ikan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, ketika kejadian sepasukan anggota PPM Semporna diketuai oleh Asisten Superintendan Safardi Abd Samad menjalankan tugas khas di kawasan laut Tanjung Sironggol, dekat sini, dan memeriksa sebuah perahu.

"Hasil pemeriksaan terdapat pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap dengan menggunakan bahan letupan di ruang perahu berkenaan.

"Juragan perahu juga mengaku bahawa semua ikan ditangkap dengan menggunakan bahan letupan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa balik ke pangkalan PPM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 3:08 PM