VALLUVAN (dua kanan) bersama Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Muhammad Kifli Ma Hassan (kanan) menunjukan sebahagian kenderaa yang disita. FOTO Sharul Hafiz Zam
VALLUVAN (dua kanan) bersama Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Muhammad Kifli Ma Hassan (kanan) menunjukan sebahagian kenderaa yang disita. FOTO Sharul Hafiz Zam
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Dua puluh satu kereta klon pelbagai model disita Skuad Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang operasi di Kedah bermula Jumaat lalu hingga pagi tadi.

Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk V Valluvan berkata, semua kenderaan terbabit bernilai RM420,000 disita dalam serbuan di sekitar Sungai Petani dan Kulim, dengan rampasan kenderaan terbaharu pagi tadi.

Menurutnya, bagi tempoh awal tahun ini sehingga pagi tadi, 100 kereta klon pelbagai model dirampas Skuad Khas JPJ membabitkan rampasan RM2 juta.

"Selain 21 di Kedah, baki kenderaan klon dirampas dalam operasi di Perak, Kelantan dan Terengganu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat penguatkuasaan di Kompleks JPJ Kedah di Jalan Sukan Menanti di sini, hari ini.

Valluvan berkata, dalam operasi berasingan, 24 van penumpang (van siam) ditahan selepas melanggar syarat permit pengedaran antarabangsa (ICP) dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

"Setiap kesalahan dikompaun RM300 dan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM12,300," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 1:20 PM