KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Ismail Ahmad (tengah) memeriksa sebahagian kereta mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas majlis lelongan kereta dan motorsikal di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Panji, Pengkalan Chepa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Sebanyak 17 kenderaan dari Thailand dikenakan kompaun RM600 terhadap kesalahan membawa penumpang secara haram dalam operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Rantau Panjang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dalam operasi selama dua hari yang berakhir pagi tadi itu, pemandu kenderaan itu didapati melakukan kesalahan menyalahgunakan permit edaran antarabangsa (ICP) dan tidak memiliki insuran perlindungan.

Katanya, dua lelaki warga Thailand turut ditahan kerana merasuah anggota JPJ bertugas selain menahan sembilan kereta klon.

"Operasi ini kita jalankan selepas mendapat aduan dari pemandu kereta sewa di negeri ini yang mendakwa terdapat kenderaan dari Thailand membawa penumpang termasuk pekerja dari negara itu secara haram di negeri ini.

"Operasi dari semasa ke semasa akan terus dijalankan di tiga pintu masuk ke negeri ini iaitu Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor untuk memastikan kenderaan dari negara jiran tidak mengambil penumpang," katanya dalam sidang media di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 12:15 PM