AFP

Riyadh: Seorang lelaki yang memakai jubah dan niqab wanita ketika melarikan diri selepas menembak mati dua orang menjalani hukuman pancung di Abha, semalam.

Salih Yateem al-Qarni didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis dan seorang tentera ketika dia dibawa menaiki kenderaan pihak berkuasa selepas ditahan atas tuduhan lain.

Agensi berita rasmi Arab Saudi melaporkan, Salih menembak mangsa menggunakan pistol dibawanya.

Bagaimanapun, media tidak menjelaskan bagaimana senjata itu dimiliki Salih.

Selepas mencuri kunci daripada pengawal keselamatan yang memandu kenderaan berkenaan, Salih mengenakan pakaian wanita untuk melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:02 AM