Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang disabit kesalahan menembak mati rakannya, dipancung semalam, menjadikan jumlah mereka yang menjalani hukuman itu di negara berkenaan sermai 35 sepanjang tahun ini.

Mahdi Khalaf al-Shamrani didapati bersalah membunuh Saeed Msaed al-Aklabi berikutan satu pergaduhan berebut tanah.

Mahdi menjalani hukuman itu di Abha, bandar di barat daya Saudi, menurut kenyataan kementerian dalam negeri.

Menurut pengiraan AFP, negara itu memancung 87 pesalah tahun lalu, berbanding 78 pada 2013. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 7:13 AM