Anak ke-13 Salih yang lahir menerusi pembedahan. FOTO ihsan Salih
Anak ke-13 Salih yang lahir menerusi pembedahan. FOTO ihsan Salih
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 54, dikurniakan anak ke-13 selepas isteri keempatnya, Samihah Syeikh Ali, 28, atau Emi selamat melahirkan anak di pusat perubatan swasta di Ampang, di sini, malam tadi.

Emi melahirkan bayi perempuan seberat 3.68 kilogram menerusi pembedahan pada 11.30 malam.

Salih berkata, bayi diberi nama Elly Zalikha itu satu-satunya anaknya yang dilahirkan melalui pembedahan.

“Ini pengalaman pertama dapat anak menerusi pembedahan. Saya tak berani masuk ke bilik pembedahan kerana takut pitam. Anak-anak lain semuanya dilahirkan normal,” katanya.

Menurut Salih, isteri pertamanya, Norlizah Mamat, 50, banyak membantu Emi di hospital dan turut membantu dalam tempoh berpantang nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 4:12 PM