BANGKAI pesawat selepas terbabit dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM. FOTO Bernama
BANGKAI pesawat selepas terbabit dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM. FOTO Bernama
BERNAMA

Lumut: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berharap supaya tiada sesiapa yang akan membuat sebarang spekulasi terhadap insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata semua pihak juga perlu menghormati waris mangsa dengan tidak memaparkan sebarang video atau gambar yang sensitif bagi menjaga sensitiviti keluarga terlibat dengan kejadian tersebut.

"Apa punca jangan kita buat spekulasi, itu yang saya harapkan, para media dan orang ramai jangan buat spekulasi, biarlah pihak polis dan tentera membuat siasatan dan kita tunggu laporan penuh daripada mereka.

"Memang mereka sedang buat latihan dan sebagainya… Apabila kemalangan, kita terimalah ia sebagai satu kemalanagan, kita tunggu hasil siasatan pihak berwajib," katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga mangsa dan melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 4:44 PM