ALLAHYARHAM Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. FOTO Bernama
ALLAHYARHAM Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Ipoh: "Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu," itu kata Md Akhir Jamaludin, 55, mengenai anak saudaranya Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi tadi.

Md Akhir berkata, sebagai anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.

"Kali terakhir berjumpa tahun lepas, raya tahun ini pun tak dapat jumpa arwah sebab dia bertugas tapi dia ada bercerita akan menyertai pertunjukan udara (sempena Ulang Tahun TLDM ke-90)," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam ini.

Menurutnya, Mohamad Amirulfaris meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh serta dua tahun.

Md Akhir yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, anak saudaranya itu telah dua tahun bertugas di Sabah kerana dinaikkan pangkat.

"Arwah masih muda, semua yang terkorban pun berusia bawah 40 tahun, mereka ini masih panjang khidmat untuk negara namun Allah lebih sayangkan mereka," katanya.

Menurutnya Allahyarham akan dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan sebaik selesai proses bedah siasat.

Md Akhir berkata, semua ahli keluarga Allahyarham telah diterbangkan dari Sabah ke Perak bagi pengecaman jenazah.

Mohamad Amirulfaris adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.

Berita berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 11:33 PM