SULTAN Sharafuddin, gambar fail. FOTO Bernama
SULTAN Sharafuddin, gambar fail. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang sepatutnya dijadualkan pada Jumaat ini dibatalkan.

Menurut Selangor Royal Office dalam catatan di laman Facebook hari ini, ia susulan nahas dua helikopter TLDM terhempas semasa raptai di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi yang mengorbankan 10 nyawa.

"Sebaliknya, satu majlis bacaan Yasin dan tahlil doa selamat akan diadakan bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut sebelum Solat Jumaat," menurut catatan itu.

Catatan itu turut memaklumkan bahawa Sultan Sharafuddin, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, dijangka berangkat ke majlis berkenaan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM.

Berita berkaitan

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:06 PM