Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin (tengah) mengisytiharkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah Bagi Tahun 1445H/2024M baru-baru ini. FOTO MOHD ADAM ARININ
Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin (tengah) mengisytiharkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah Bagi Tahun 1445H/2024M baru-baru ini. FOTO MOHD ADAM ARININ
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan beberapa dakwaan salah guna kuasa dalam pentadbiran berkaitan penggunaan wang zakat seperti yang ditularkan di laman media sosial, semalam.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin berkata antara dakwaan yang tular itu menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS membuat arahan pembayaran bonus kepada kakitangan dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

"Selain itu, tuduhan tersebut juga mendakwa yang kononnya Ketua Pegawai Eksekutif

MUIS mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

"Pihak MUIS dengan ini menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan suatu fitnah (defamatory) yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS serta pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan dengan itu, MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat dan menyebarkan segala tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 8:07 AM