JAMBATAN Pulau Pinang. FOTO Arkib NSTP
JAMBATAN Pulau Pinang. FOTO Arkib NSTP
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Pengguna di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dinasihati supaya merancang perjalanan susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan itu bermula 2 hingga 3 Mac ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi kenyataannya berkata, penutupan itu membabitkan laluan antara Kilometer (KM)8.0 hingga KM7.0.

"Penutupan bermula jam 10 malam pada 2 Mac hingga 9 pagi, 3 Mac.

"Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai," menurut kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan itu, Plus berkata, pengguna lebuh raya dinasihati supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi Plus bagi mendapat maklumat trafik terkini.

Katanya, pengguna juga dinasihati supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas Plus ketika melalui kawasan terbabit.

"Pengguna lebuh raya boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi Plus, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

"Mereka juga boleh hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 bagi mendapat maklumat trafik atau mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 4:08 PM