LORONG ditutup. FOTO Ihsan PLUS
LORONG ditutup. FOTO Ihsan PLUS
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Bidor dan Tapah di KM330.05 hingga KM328.95 arah Utara di Lebuhraya Utara-Selatan (LRUS) akan ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan mulai 9 pagi Isnin ini sehingga 12.30 tengahari, 22 Januari.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melalui satu kenyataannya di sini berkata, bagaimanapun lorong kanan di KM330.05 hingga KM328.95 Arah Utara) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek berkenaan.

"Sehubungan itu, penutupan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, justeru, pelanggan yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

"Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

"Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan," katanya.

Katanya, PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 12:13 PM